Back To All

Nov 22, 2024 7PM

Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan semakin meningkat

Berlaku peningkatan ketara pada jumlah pemegang Sijil Halal Malaysia dalam kalangan pengusaha Bumiputera dan bukan Bumiputera.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, setakat ini 40 peratus pemegang sijil halal adalah Bumiputera manakala 57 peratus lagi bukan Bumiputera dan hanya tiga peratus milikan asing.

 

“Itu satu perkembangan positif. Hingga 10 November lalu melalui skim premis halal, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal,” katanya menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

 

Menjawab soalan tambahan Shahidan Kasim (PN-Arau), Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) giat mengadakan libat urus dengan pelbagai institusi serta agensi termasuk dewan perniagaan.

 

Hingga 10 November lalu melalui skim premis halal, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal


“Ini adalah langkah untuk memberikan pencerahan dan penjelasan kerana kita ambil maklum bahawa kerap kali apa yang menjadi persoalan adalah kerana tidaktahuan ataupun tidak mempunyai maklumat yang lengkap.

 

“Maka sesi libat urus itu sudah pun dilakukan dengan lebih agresif dan kita dapat melihat perkembangan yang baik,” katanya.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

23 Nov 2024

Waktu solat berikutnya,

Syuruk

pada

07:00

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:00:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:00:00

isha

Isha

20:13:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase